A
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Jabatan Buruh dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi memberi kuasa kepada jurukira agung /Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif bagi memotong gaji ataupun pendapatan pegawai berkenaan jika terdapat tuntutan bayaran daripada Pesuruhjaya Buruh.
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
Pegawai-pegawai kerajaan yang berjawatan tetap di dalam bahagian III dan ke atas yang menerima gaji pokok melebihi $1,600.00 (tidak termasuk elaun-elaun) dan;
Pegawai-pegawai dari badan berkanun yang berjawatan tetap dengan tanggagaji setaraf dengan pegawai-pegawai Kerajaan di dalam bahagian iii ke atas (tidak termasuk elaun-elaun);
Rakyat kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda sultan dan yang di pertuan negara brunei darussalam;
Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah bersara dari perkhidmatan dan menerima pencen bulanan;
Badan-badan berkanun yang telah diberikan kebenaran pengecualian dari membayar wang taruhan pekerja asing khusus kepada pegawai-pegawai;
Bagi permohonan pengecualian dari membayar wang taruhan yang dijamin oleh pasangan (isteri), pasangan (isteri) hendaklah seorang pegawai kerajaan;
Yang berjawatan tetap di dalam bahagian ii keatas.
Cara menggunakan Perkhidmatan ini